Friday, November 30, 2018

Norizan Binti A.Ghani merupakan seorang Pengusaha Katering Makanan. Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Teknologi Maklumat dari Universiti Utara Malaysia, namun minat dalam bidang masakan membuatkan beliau menceburkan diri dalam bidang makanan. Mempunyai perniagaan dalam penternakan kambing aqiqah adalah sebab paling utama wujudnya perniagaan katering ini. 

Oleh kerana minat yang mendalam dalam bidang masakan, beliau kemudianya melebarkan lagi minat beliau ini dalam bidang pastry dan kek. Bermula dengan mengikuti kursus latihan inkubator yang dianjurkan oleh Felda sebanyak 3 siri asas dan seterusnya ke siri lanjutan sehinggalah kepada Kursus Lanjutan Pensijilan Halal dan Mesti. Beliau kini sudah pun mempunyai pasaran brownies di setiap kedai runcit  dan stesen minyak berdekatan. Oleh kerana brownies ini semakin mendapat tempat dikalangan masyarakat setempat, maka beliau mengambil keputusan untuk berkongsi resepi brownies ini bersama orang ramai dengan menerbitkan ebook ini.



No comments:

Post a Comment